Wednesday, 4 March 2015

Saya dan Shaklee (Part 1)

Sebelum ni saya pernah share tentang saya dan vitamin Shaklee(GLA Complex) which is saya ambil untuk betulkan period cycle saya yang berterabur. Bila dah start ambil GLA Complex (kalau tak salah bulan Jan 2013) untuk 2 atau 3 bulan, saya ambil pula set kesuburan (Vit E, Vit C, B Complex) plus ESP.

Saya consume ke lima-limanya sehingga bulan Okt 2013 sebelum saya disahkan hamil pada  22 Okt 2013 (4 hari selepas hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 5) ... Syukur Ya Allah...

Ermmm...lama kan saya consume produk ni?

I don't care how much time I need as long as ada perubahan and I'm happy with it.

As far as I know, Shaklee's product is safe and I will get other benefits at the same time. So, I don't have to worry much and just enjoy our (my husband and I) time together effectively. That was my aim at that time.

Thinking of 5 years without kids, sometimes memang rasa demotivated. But... saya simpan dalam hati, ini adalah kerja Allah. Both of us didn't have any major problems. Hanya saja belum tiba masa.
So... never stop trying and enjoy our life...

Kalau dah jenuh mencuba masih tak dapat juga, kita kena percaya Allah SWT merancang yang terbaik untuk kita. Mungkin Allah nak kita berbulan madu sepanjang masa dan lebih menghargai pasangan kita? Ataupun sebenarnya, kita tak ready lagi untuk jadi parents mentally or physically.

No one knows...but Allah knows... He knows everything about us 200%. Dia yang mencipta kita. Of coz dia tahu kelemahan dan kelebihan kita lebih dari diri kita sendiri. Masa tu I tried very hard to make myself to think positively. Walaupun kadang-kadang benda-benda negatif singgah dikepala & dihati, tapi lepas tu Istigfar balik... Kita manusia biasa. Tak dapat lari, mesti nak fikir negatif jugak. (Malu pada Allah...)

Ok, back to the topic, sebelum contact kawan saya yang juga Shaklee Distributor, saya buat bacaan sikit tentang produk Shaklee. There was a guarantee that Shaklee's product is safe, ada sijil halal dari Jakim, 100% natural, hundreds or thousands of testing done untuk sesuatu produk, so, saya fikir saya tak perlu nak takut. InsyaAllah...it is safe...

Lepas dah cuba produk dan saya berpuas hati, saya decide untuk cuba menjalankan bisnes Shaklee secara serius. Sebelum ni ada juga try nak berbisnes, tapi macam biasa la, hangat-hangat tahi ayam... but this time insyaAllah I really want to be committed in this business. (^_^)

Aim saya this time adalah menjadi Working At House Mom seperti ramai kawan-kawan saya yang dah berjaya. Saya sangat jeles dengan mereka. Duduk di rumah sambil menjana pendapatan... dan yang paling penting dapat MELIHAT ANAK MEMBESAR DI DEPAN MATA (Itu lah impian saya sebelum saya mula bekerja lagi)...insyaAllah...Amin...

To be continued...

P/S :
Please visit my sharing on health plus my Shaklee Biz homepage : https://suricare.wordpress.com/ (^_^)

Saturday, 28 February 2015

Comeback...

Pejam celik pejam celik anak saya dah nak masuk 9 bulan. Sesungguhnya jadi ibu ni satu nikmat yang tak terhingga yang Allah S.W.T berikan kepada wanita. Buktinya, blog ni dah penuh dengan sawang-sawang kerana ditinggalkan hampir 6 bulan. (^_^)

But since sebulan dua ni, anak saya dah start jadi tentera Al-Qassam and dah pandai main sendiri, mama dia dah punya masa untuk buat comeback. Saya nak hidupkan semula blog ni and I think I have a lot of things to share here...cuma kena tengok-tengok juga si kenit tu sebab dah pandai mencapai... but so far, masih terkawal...hihi

Dikesempatan ni, saya minta maaf kepada mereka-mereka yang meminta contact number Padang/Bukit Tinggi melalui blog atau email saya sebab saya tak ter'reply'. Terlalu banyak. Memandangkan saya dah buat entry berkenaan contact number yang tuan/puan perlukan, saya sharekan sekali lagi kat sini. Sebenarnya entry ni saya dah buat tahun 2013 lagi dan saya dah letak link di sebelah kanan blog saya untuk memudahkan dan mempercepatkan tuan/puan mendapatkan contact number tu. Sebab kalau nak email saya dan tunggu saya reply mungkin tuan/puan dah selamat sampai Malaysia pun saya tak reply lagi. Maklumlah, sejak ada anak ni, melayan anak lagi seronok dari berinternet/berblogging... even blog ni pun saya jarang-jarang sangat buka. Lagi satu, info yang akan saya bagi sebenarnya sama je dengan apa yang saya share dalam entry tersebut. (*_^)...

Harap maklum juga ye yang saya bukan tourist guide di Padang/Bukit Tinggi. Sebab ada juga yang minta saya beri sebut harga bagi perkhidmatan tour kat sana. (^_^)

And saya sangat galakkan tuan/puan ambil contact number syarikat tour yang sering reply di bahagian komen blog saya ni. Boleh survey harga mana yang lebih berpatutan dan berbaloi. Tak semestinya yang saya share tu lebih murah. Mungkin rezeki tuan/puan lebih baik dari saya. Lagipun, mereka memang fast reply. Yang penting tuan/puan boleh melancong dengan menggunakan kos yang minimum tapi puas hati. Betul tak?..

http://suritera.blogspot.com/2013/06/contact-number-padangbukit-tinggi.html





Monday, 22 September 2014

3 months old

Dah lama betul tak berblogging...sejak pregnant sampai sekarang (telah melahirkan dan baby berusia 3 bulan lebih) hanya 1 entry sahaja sempat saya buat. Yang pertama sebab tak larat dan kedua sebab masa yang tak mengizinkan. Even saya sendiri jarang melihat blog saya ni. So, banyak la komen-komen yang tidak berbalas. Harap maaf ye...

Kini, anak saya telah berusia 3 bulan lebih...Alhamdulillah kelahiran yang mudah walaupun sebenarnya tidaklah berapa mudah bagi ibu yang pertama kali melahirkan seperti saya. Mudah maksud saya bersalin normal dan tiada komplikasi. Sakit tetap sakit... (*_^)

Saat pertama kali melihat anak yang baru dilahirkan, rasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana mengizinkan saya dan suami untuk memiliki zuriat sendiri. 

Seterusnya bersyukur juga kepada Allah S.W.T kerana anak saya lahir dalam keadaan yang sempurna dan sihat. Cuma anak saya seorang pengidap kekurangan enzim G6PD atau orang selalu panggil G6PD baby... dan merasa juga la dia masuk wad 5 hari 4 malam sebab kuning...kuning yang sangat tinggi (mama dah nangis2 sebab tengok tangan baby kena cucuk masuk air & dia tertiarap dengan hanya pakai diapers tanpa alas)...(-_-)

Ok...sampai di sini dulu...dah pukul 4.15 pagi...nak prepare untuk nak gi kerja pula...jumpa lagi...
>