Lebih kurang sebulan yang lepas, gusi saya mula bengkak. Rasa macam ada nanah juga. Memang biasa on off bengkak gusi ni. Mungkin sebab gigi geraham saya ni memang dah sampai masa nak kena cabut. So, bila tak cabut dia effect pada gusi saya. Tapi disebabkan fobia nak jumpa doktor gigi, asyik tertangguh je nak klinik gigi. Lepas tu rasa macam takde la kritikal sangat. Tapi makin hari makin bengkak pulak.
Tengah fikir-fikir nak buat ape, saya teringat Vita-C Plus memang ada stok kat rumah. Dah lama stop makan sebab selalu lupa nak bawa ke ofis. Waktu terbaik makan vitamin c adalah waktu pagi. Walaupun boleh je makan bila-bila masa yang lain. Takde masalah pun. Bila kat rumah pula selalu termiss nak ambil vitamin sebab selalu berdua je dengan anak (suami outstation). Dah sibuk-sibuk buat itu, buat ini jadi terlupa dan terus tidur.
Tapi sebab dah tak tahan, saya ambil vitamin c 2 biji sehari. Lupa makan siang, saya amik malam. dah sakit-sakit pandai pulak nak konsisten kan... itu lah manusia, dah sakit baru nak terngadah orang kata. Dan hari ni saya sangat gembira sebab boleh kata gusi saya dah susut sepenuhnya. Dekat 2 minggu juga konsisten amik vitamin c 2 biji sehari. Alhamdulillah...
So, lepas ni tak boleh la miss makan Vita-C Plus lagi. Tahu vitamin c bagus untuk pembinaan tulang dan gusi yang kuat. Tapi tu lah, ada je alasan tak dapat nak amalkan. Busy la, itu la, ini la. Walaupun, itu la hakikatnya, tapi still kesihatan nak kena jaga juga. Nak harapkan makanan kita yang kita makan sehari-hari untuk bekalkan vitamin c yang cukup, sendiri tahu lah setakat mana pengambilan diri sendiri kan.
0 comments