Kali saya nak share resepi Sup Ayam yang saya paling suka buat. Sangat mudah dan bagi saya rasa dia sedap je, nak cakap sedap sangat penilaian setiap orang berbeza. Tapi pada saya, saya suka rasa sup yang macam ni. Saya kurang suka guna serbuk sup tu. Lagipun nak bagi anak makan terutama sebesar anak saya sekarang ni rasa lebih selamat. Yang penting resepi asli tanpa MSG. Saya suka buat sup macam ni sebab sebagai seorang ibu yang bekerja, memang cara masakan macam ni sangat membantu. Caranya sangat mudah baik daripada segi bahan-bahannya mahupun cara membuatnya. Dalam masa 5-10 min siapkan bahan-bahan & terus renehkan, api kecil. Lepas tu nak buat ape pun boleh, datang sekejap-sekejap tambah sup bunjut, tambah garam dan sebagainya.
Ok, jom kita tengok bahan-bahannya...
Bahan-bahan
1. Bawang merah (dihiris halus)
2. Bawang putih (dihiris halus)
3. Halia (dihiris halus)
4. Asam keping (1 keping)
5. Sup bunjut (1 bunjut)
6. Daun sup (dihiris)
7. Ayam (potongan ayam terpulang pada masing-masing nak besar mana)
8. Garam (secukup rasa)
9. Gula (jika suka letak gula...tapi letak sikit je jangan banyak-banyak nanti manis pula supnya)
10. Bawang goreng (jika suka)
* Kebanyakan bahan saya agak-agak je bilangannya. Macam saya, saya lebih suka banyak bawang putih, bawang merah dan juga halia. Bagi saya lagi banyak bawang lagi sedap. Lagipun, bawang putih adalah antiviral yang sangat bagus. Bawang merah pula antibakteria. Sangat bagus untuk meningkatkan antibodi badan kita. Apapun, terpulang pada selera masing-masing. Sebab tu saya tak letak berapa biji.
* Jangan lupa cuci semua bahan-bahan dengan bersih.
Cara masak
1. Masukkan ayam yang telah dipotong, bawang merah, bawang putih dan juga halia yang telah dihiris dan dicuci sekaligus. Reneh dengan api kecil/sederhana kecil. Terpulang tapi yang pastinya jangan api besar. Memasak dengan api kecil dapat mengurangkan kehilangan nutrien pada bahan-bahan masakan. Memasak menggunakan api besar akan menghilangkan lebih banyak nutrien pada makanan. Kuranglah zatnya... so sayang lah kan. Tapi jangan kecil sangat pulak ye, lambat masak nanti. hihi
* Masa ni ibu-ibu boleh lah buat keje lain. Nak solat ke dan sebagainya.
2. Apabila nampak dah mendidih masukkanlah garam, sup bunjut & juga asam keping. Asam keping ni bergantung pada banyak ke tak kita nak masak. Kalau saya, untuk makan bertiga, kecil je asam keping yang saya guna. Saya letak asam keping untuk bagi rasa masam sikit. Sikit je tau. Tapi kalau anda sukakan sup yang rasa masam lebih, boleh la try n error berapa keping asam keping nak masuk. Anda akan rasa sikit beza sebelum & selepas letak asam keping. Nak cuba resepi ni nanti try rasa sebelum dan selepas ye. Masa ni juga kalau ada yang letak gula boleh la letak. Kalau tak suka tak perlu.
* Dah sampai sini, hanya tunggu sup masak je. Sambil-sambil tunggu tu boleh la buat benda lain.
* Kalau yang suka makan sup dengan sambal kicap, gunakan masa ni untuk buat sambal. Sup dah masak nanti sambal dah siap.
3. Macamana nak tahu dah boleh diangkat? Perhatikan bawang putih dan bawang merah yang kita hiris tadi dah hancur. Jangan tengok halia ye...halia susah nak hancur. hehe. Itulah penanda aras sup dah boleh diangkat. Sambil-sambil tu rasa-rasalah sup tu. Kot-kot ada kurang garam ke, kurang asam ke boleh la tambah. Masa ni tambahlah daun sup ke bawang goreng ke...terpulang pada masing-masing.
4. Senang je kan... Selamat mencuba!
Anggaran bahan-bahan untuk suku ekor ayam. |
Hiris bawang merah, bawang putih dan halia |
Sudah mula mereneh. Jangan lupa tutup periuk ye. |
Sup dimakan dengan nasi & sambal kicap. Sedap! |
Sekian resepi kali ini...
0 comments