Kali ini saya nak berkongsi resepi Bubur Sum Sum. Resepi ini saya dapat dari mak mertua saya. Cara membuatnya sangat mudah dan tak mengambil masa yang lama. Rasanya pun sedap.
Bahan-bahan
(1) 2 cawan tepung beras
(2) 1 kotak kecil santan
(3) Air
(4) Garam secukup rasa
(5) 2 ketul gula melaka/kelapa yang saiz besar
(6) Secubit kapur
(7) Daun pandan
Cara-cara
Masukkan tepung beras, santan, garam serta kapur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kalau boleh adunan jangan terlalu likat dan jangan terlalu cair.
Pada masa yang sama didihkan air lebih kurang 3/4 periuk. Lebih pun boleh. Setelah mendidih, keluarkan separuh air tersebut dan masukkan dalam jug. Jgn dibuang pulak air tu ye. Air ini akan digunakan kemudian.
Selepas air dikeluarkan, masukkan adunan tepung tadi serta daun pandan ke dalam periuk dan kacau. Pastikan api sederhana saje. Jika adunan likat dan berketul-ketul, pada masa inilah gunanya air yang dikeluarkan tadi. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga adunan yang berketul-ketul tu hilang. Jangan pula terlalu cair ye. Agak-agak bila diangkat menggunakan sudip, adunan tu smooth je jika dituang balik dalam periuk. Setelah masak, masukkan terus ke dalam bekas untuk hidangan.
Untuk buat air gula, masukkan air, gula melaka/kelapa dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan tunggu ia sedikit sejuk untuk dihidangkan.
Ada orang suka air gula yang suam, ada juga yang suka sejuk. Terpulang kepada selera masing-masing. Yang pastinya, suam atau sejuk kedua-duanya pun sedap.
Important :
** Sukatan di atas untuk garis panduan sahaja. Sukatan boleh ditambah @ dikurangkan mengikut selera masing-masing ** Selamat Mencuba ** :) **
0 comments