Makeover T-Shirt lama kepada Romper

Dah macam nak bersawang je blog ni. hihi...
Sejak akhir-akhir ni sibuk sikit dengan kerja hakiki. Minggu baru ni satu projek dah boleh kata 95% siap. So hati ada senang sikit. Yeay...

Jom try satu projek makeover t-shirt lama kepada baju baby/toddler. Dah lama saya plan nak buat ni. Memandangkan minggu ni dah rasa lapang sikit, maka siaplah satu romper anak saya yang diperbuat daripada t-shirt lama bapak sedara dia... (*_^)
Maksud saya baju yang dah tak dipakai lagi... Jangan amik sebarangan t-shirt tau. Nanti marah pulak tuan empunya. hihi...

Sebelum

Selepas

So, kalau ada t-shirt lama yang dah taknak dipakai lagi tetapi masih cantik, jangan buang. Try makeover... (*_^)

You Might Also Like

0 comments