Cuti-cuti Kota Kinabalu

Dah lama saya plan nak share cuti-cuti di Kota Kinabalu. Tapi nak mengarang tu ambil masa sikit. Dah lama sangat saya pergi ke Kota Kinabalu ni. Tahun bila tu segan pulak nak cakap. Mungkin jalan pun dah banyak berubah.

Percutian ke Kota Kinabalu ni pun pergi berdua dengan husband. It's like honeymoon la becoz we went there during our first year of marriage. Dah lama kan. But it's ok. Never too late to share...

Both my husband and I suka jalan-jalan tengok tempat orang. Bukan hanya suka pergi places with beautiful scenery je... Tempat-tempat yang orang taknak pergi pun, kami pergi. Jalan-jalan yang orang jarang lalu pun kami redah je. Kadang-kadang kami balik kampung dari Selangor ke Johor pun lalu jalan kampung. Explore segala jalan yang ada yang boleh tembus selain dari highway. Kalau highway tiba-tiba jem senang... (*-*)

Masa bercuti ke Kota Kinabalu ni, kami takde proper plan pun(selalu memang mcm ni pun..lol). Cuma hotel & kenderaan dah awal-awal book la. Kenderaan 4-wheel, husband's uncle punya. Masa tu dia ada bisnes di Sabah. So, kami minta kebenaran nak guna during kami kat sana.

Dibawah adalah perjalanan kami. Actually, Labuan pun kami pergi juga. Tapi dalam google map tak boleh nak masukkan. Nanti tak nampak direction. Nevermind...

Ini la tempat2 yg kami singgah..termasuk Labuan.
All the way driving kecuali Labuan
First day, kami tidur di Inanam, DZ Hotel. A muslim hotel.

The next morning, kami gerak ke Kundasang. Jalan-jalan di Ranau dan kawasan sekitar. Tidur di Kundasang 1 malam, Resort TM.

The next day, gerak ke Tambunan - Keningau - Papar - Kuala Penyu - Menumbok. Di Menumbok naik feri ke Labuan. Kereta tinggal di Menumbok je. Kami bawa body je ke Labuan.

Tidur di Labuan 1 malam, then gerak balik ke Kota Kinabalu melalui Beaufort - Papar - Penampang.

Last night, tidur 1 malam lagi di Inanam, DZ Hotel. Reserved 1 hari untuk jalan-jalan di Kota Kinabalu.

Banyak yang dah lupa sebenarnya tentang trip ni. Tapi takpe la, apa yang saya ingat saya share. In case saya tersalah info kat sini, please do correct me. Maklumlah, dah lama sangat...

DZ Hotel, Inanam
Hotel Muslim
On the way ke Kundasang(area Tuaran tak silap)
Puncak Gunung Kinabalu... I think?
Tapi seriously sangat cantik...
Poring Hot Spring, Ranau
Sungai cantik di Poring Hot Spring
Di hadapan Resort TM di Kundasang
Sabah Tea Garden..di Kundasang..
Kelabu sikit gambar ni...
Ada kabus...
Saya suka kawasan macam ni...
Kawasan dingin, di kaki bukit/gunung...
Damai dan tenang...
Perumahan di Kundasang
Tak ingat tempat apa.
Tapi somewhere berdekatan dairy farm, Kundasang
Merlisau area..
Starting point untuk mendaki Gunung Kinabalu..
Pintu ke dairy farm, Kundasang...
Tapi kami tak masuk pun...
Sebab macam takde orang jaga...
Kami assume dia tak buka...
Jalan Ranau-Tambunan kot(can't remember exactly). Masa ni jalan tgh repair.
Nasib baik bawa 4-wheel.
Anyway, sangat enjoy this time.
Very adventure.
Bcoz more than 50% jalan time tu macam ni...
Dengan jalan yang berbukit bukau... 
Adventure tak jalan ni?...
Saya suka...
Sawah padi...area Tambunan or Keningau...
Jalan dah start curam...rasanya ni area Banjaran Crocker...
Best...
Ini feri kenderaan di kawasan Kuala Penyu.
Nak ke sebelah sana kena naik feri ni. Takde jambatan.
Mula-mula sampai terkejut jugak,..
Masa tu takde kenderaan yang beratur lagi and tak perasan ada feri...
Berpandangan sesama sendiri..'Nak kena patah balik ke ni? Huwaa'
Masa tengah diskus...satu-satu kereta datang dari belakang...
Masing-masing berhenti & tak keluar kereta...
Pelik juga masa tu...Diorang ni parking ke apa...
Kenapa diorang ikut kita...lol
Then husband turun, tanya orang yang ada area situ...
Baru tau...kereta2 tu menunggu feri...
Alhamdulillah...tak payah patah balik...
Alhamdulillah dah sampai seberang...
Let's continue driving...
Nampak dah ada kereta menunggu nak menyeberang...
Dari sini terus ke Menumbok.
Naik bot ke Labuan...Bot laju
Pintu lift hotel di Labuan.
Lift pesen lama...nama hotel dah lupa...
Jeti Labuan...Menunggu feri ke tanah besar.
Setelah tidur semalaman di Labuan.
Bandar Beaufort???I think so...
Salah rupanya...(^_*)...
Ini Pekan Papar. Thanks to anon(01:07) yang menegur...
I don't know which area is this... no idea...
Please tell me...
Laut yang cantik...
Berhenti during otw dari Papar ke Kota Kinabalu...
Bas TUT...
I really enjoy this trip. So did my husband. Cuma ada a few places yang kami tak singgah. Tapi takpe. Pengalaman travel melalui Banjaran Crocker tak dapat dilupakan. Jalan ada yang hampir 40 darjah. Cuma tak dapat nak snap gambar banyak-banyak...Ye lah, masa tu belum ada smart phone. Semua bergantung pada camera compact. Once kamera dah abis bateri, dah tak boleh ambil gambar...Terpaksa record in mind sahaja... (*-*)

You Might Also Like

6 comments

  1. labuan memang tempat yg tenang... 4 tahun yg lepas pernah pergi sana holiday. bila tengok gambar ni teringin nak pergi lg :)

    Jom usha koleksi Resepi, Petua, Gambar & Cerita @  buatwanita.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. buatwanita,
    saya tak banyak jalan sangat kat labuan sebab tak sewa kereta. jalan kaki area berdekatan jeti je. tapi rasa rugi jugak... in syaa Allah lain kali...

    ReplyDelete
  3. Tu bkan beaufort la tu pekan papar.

    ReplyDelete
  4. Anon 01:07,
    Corrected...Thanks...(^_*)

    ReplyDelete
  5. Wahh.. Nice Trip..!!
    Datang juga kat Sumatra Barat dengan bermacam2 bentuk geografis alam nya..!!
    :)

    Good Announcement for Suritera yng tengah mendaptkan rezeki di turuni rzeki seorang anak..!! good well :)

    ReplyDelete
  6. hi singgah sini sb nk buat iti travel to sabah.. thanks bg idea ;-)

    ReplyDelete