Salam semua...
Since saya post pengalaman saya ketika bercuti di Padang pada Mac yang lalu, saya terima banyak feedback bertanyakan no telefon tourist guide, maklumat hotel dan sebagainya. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang sudi menjengok blog saya dan meninggalkan komen-komen anda. Semoga wujud ukhuwah yang berterusan diantara kita, insyaALLAH.
Memandangkan ada beberapa pertanyaan yang ditanya berulang kali jadi saya decide untuk buat entry Bercuti di Padang Indonesia (Part 2) untuk share info yang saya tak cerita before. Tetapi no telefon tourist guide tetap tak boleh share di sini. So, klu nak no telefon tourist guide tersebut, tinggal-tinggalkanlah komen di blog saya dan saya akan emailkan kepada anda...
Terus kepada info yang saya nak share, a few info yang saya rasa saya perlu share adalah :
1. Semua urusan saya di Padang, Pak Kamal yang uruskan termasuklah tempahan hotel serta bayarannya sekali. Jadi saya takde contact number hotel. Kalau nak minta saya mencadangkan hotel yang best kat sana saya minta maaf sebab saya memang tak tahu. Saya cuma tahu hotel yang saya menginap je, Hotel Imran. For info, owner hotel ni adalah orang Malaysia either husband or wife. Satu malam lebih kurang RM80 bergantung pada tukaran wang semasa. Kalau ada yang nak menggunakan perkhidmatan Pak Kamal, rasanya boleh tanya Pak Kamal pasal hotel, saya rasa dia lebih arif. Kalau dah ada budget untuk hotel, boleh cuba minta Pak Kamal carikan hotel yang bersesuaian. InsyaALLAH.
2. Manfaatkanlah masa anda di sana sebaik2nya sebab walaupun 4h 3m pun belum tentu cukup nak melawat tempat-tempat menarik kat sana. Sebelum pergi saya ingatkan 4h 3m dah cukup lama nak mengelilingi Padang/Bukit Tinggi but seriously memang tak cukup. Ataupun mungkin saya yang tak pandai budget masa?!!? :)
3. Kalau ada masa yang cukup, pergi lah ke Paya Kumbuh (Paya Kumbuh ni kemungkinan besar tempat asal keturunan saya). Orang kata air terjun kat sana sangat cantik. Saya tak sempat nak pergi sebab tak cukup masa(ye ke? :) ). Klu ada yang pergi nanti share lah dengan saya gambar k.
4. Klu boleh masa untuk makan tu dikurangkan... kenapa? Sebab masa yang ada boleh dipenuhi dengan melawat tempat-tempat yang lain. Masa saya pergi dulu, makan pun ambil masa lama. Ingatkan nak rehat-rehat sambil tengok permandangan. Bila fikir-fikir balik dalam kereta pun still boleh lihat permandangan juga... and still boleh rehat-rehat sebab bukan kita yang drive kan...
5. Kalau rasa-rasa nak membeli belah juga kat sana peruntukkanlah masa lebih sikit. Saya dulu ingat taknak membeli belah. Ingat nak beli cenderahati sikit-sikit je. Tapi bila dah ada kat sana macam2 pulak nak beli. Untuk kenangan kononnya. :) Jangan lupa standby extra luggage ye...
6. Kalau ada masa free lepas magrib(kat sana magrib pukul 6.30) try la jalan-jalan kat bandar Bukit Tinggi. Jalan-jalan kaki sendiri je. Sebab Bukit Tinggi ni pusing2 kat situ juga. Boleh naik kereta kuda, tengok jam Gadang pada waktu malam, cantik(kata orang). Saya tak jalan-jalan bukan tak sempat tapi bila malam fikir nak rehat je. Penat kononnya. :). Bila dah balik sini rasa rugi.
7. Kalau ada masa juga pergi la tengok Malin Kundang. Ia terletak dekat dengan pantai di Padang. Saya pun tak sempat tengok. Pak Kamal cakap it's real. Cuma strukturnya dah tak berapa clear macam dulu.
So, selamat bercuti to all yang decide nak ke sana. Semoga anda gembira dengan perjalanan cuti anda dan diberkati olehNya. InsyaALLAH.