GLA Complex - Hilangkan Masalah Senggugut & Period Tidak Teratur


Saya menghadapi masalah senggugut +-10 tahun. Dari anak dara sehinggalah berkahwin. Orang kata senggugut hilang bila dah kahwin kan, tapi saya tak hilang-hilang pun. (^_^). Ada masanya sampai berguling-guling. Pernah juga la menangis. Kalau tak tahan sangat, saya ambil pil tahan sakit. Tapi itu adalah pilihan terakhir saya. Kebiasaannya saya ambil sejadah/telekung/bantal dan lipat-lipat kemudian buat seperti sujud atau baring menelangkup sambil sejadah/telekung/bantal tadi saya tekan di perut. Kemudian saya pejamkan mata. Ada juga guna tungku air panas untuk tuam di perut. Walaupun tidak hilang sepenuhnya, ada kurang sedikit rasa sakit tu. Biasanya senggugut menjelma pada hari pertama dan rasa akan berlanjutan dan berkurangan hingga hari ke tiga. Kadang-kadang sebelum period lagi dah rasa.

Selain itu, saya ada masalah period tidak teratur. Paling ketara selepas berkahwin. Dan yang paling teruk sehingga saya tidak boleh agak bila tarikh datang bulan saya yang seterusnya.

credit to http://yen-online.blogspot.com
Saya pernah ambil Maajun Anggun Bestari(MAB). Masalah senggugut saya hilang tapi saya ambil 3 bulan je sebab period saya jadi tak teratur juga dan berpanjangan. Saya bukan jenis yang konsisten (tak boleh nak sabar) ketika itu. Atau ayat yang paling sesuai adalah hangat-hangat tahi ayam. (^_^). Kemudian terlupa dan sebagainya membuatkan saya tak sambung makan. Selepas stop MAB, masalah senggugut saya datang lagi. Pada saya bukan MAB ni tidak bagus, cuma saya ni yang tak boleh nak disiplinkan diri. Saya ni jenis yang culas makan ubat dari kecil lagi. Apa-apa ubat pun. Pil yang besar-besar apatah lagi. Kalau ambil rasa macam tersekat di tekak dan rasa nak muntah. Kalau ubat cecair(cth:ubat batuk) pun sama, tak boleh nak masuk. Ambil sesudu, air masak 2 gelas. Jumpa doktor rajin, nak cepat sihat/baik, cuma ubat confirm tak habis. Sesiapa yang nak ambil MAB ni kena disiplinkan diri sebab ada peraturannya tersendiri.

Ada orang kata kurangkan minum ais, amalkan minum air suam. Ya, minum air suam adalah baik untuk kesihatan secara umumnya. Dan saya pun pernah cuba amalkan minum air suam untuk tempoh beberapa lama. Nampak macam ada perubahan. Cuma, apabila kita yang sudah biasa dengan air sejuk, sekali sekala teringin juga nak minum. Bila sekali sekala rasa, ia akan ada lanjutan pula selepas tu. Dan selepas tu, minum air suam pula yang jadi sekali sekala. (^_^). So, lama-lama balik ke normal juga. Tambahan lagi bila tengok kawan-kawan yang selalu minum ais tapi takde senggugut pun membuatkan saya fikir 'Takpe kot. Dia boleh'...

Untuk tempoh beberapa lama, senggugut saya memang takde perubahan. Hujung tahun 2012, saya contact kawan lama saya yang sama(TTC) seperti saya. Dia sudah pregnant at that time. Dia mencuba +-5 tahun. Dia suggest saya amalkan vitamin. Vitamin untuk membantu kehamilan. Antara sebab-sebab yang lain juga adalah sebab saya kurus. Underweight. Tinggi 157cm dan berat +-41kg. BMI <18. So, dia suruh saya tambah berat. Berat saya tak pernah melebihi 42kg semenjak saya kahwin. Saya makan sikit berat akan turun, tapi jika saya makan banyak tak pula bertambah. Bagi orang yang ingin kurus, mereka cukup suka kalau dapat jadi macam saya. (^_^)

Kawan saya cadangkan saya ambil Vitamin E dan beberapa vitamin lain (saya kurang ingat). Dia suggest saya ambil Shaklee dan suruh saya kontek kawan lama kami yang juga distributor Shaklee. Setelah berfikir untuk beberapa ketika, saya kontek kawan lama kami tu. Pertama sekali yang saya inginkan adalah untuk menghilangkan masalah senggugut saya. Kemudian, baru plan untuk langkah seterusnya. So, kawan saya(distributor Shaklee) suggest GLA Complex. Katanya GLA Complex bagus untuk mengurangkan senggugut & masalah period tidak teratur. So saya dapat 2 dalam 1.

Bermula awal tahun 2013, saya amalkan GLA Complex sehingga sekarang. Sebenarnya, suami saya adalah orang kuat disebalik konsistensi saya dalam pengambilan GLA Complex. Masa awal-awal pengambilan, masalah culas makan ubat masih lagi membelenggu saya. Maka, setiap malam dia akan bawa air masak & GLA Complex untuk saya. Setiap malam dan tak pernah jemu hingga sekarang walaupun saya dah boleh makan vitamin sendiri(semenjak sudah ada kesedaran). Untuk beberapa bulan pertama(culas sangat tebal), sambil bawa vitamin & air, suami saya sering mengingatkan saya tujuan saya beli vitamin dan ruginya jika saya tak makan. (^_^). Rugi dari segi belanja, rugi dari segi faedahnya. Suami saya adalah pemangkin saya. Syukur padaMu ya Allah kerana memberikan dia padaku...

Ada kah suami di luar sana sama seperti suami saya? (^_^)...

Next entry saya akan share pengalaman saya dengan GLA Complex dalam mencapai misi saya...

You Might Also Like

4 comments

  1. wahhh bagusnye husband die...samala..ct pon jnis culas gak nk telan2 ubat ni...sdg menggagahkan dr tuk displin mkn...:)

    ReplyDelete
  2. Ct, Alhamdulillah...saya dapat suami yang macam ni...kalau lelaki lain dah malas dah kot nak layan saya... hihi

    ReplyDelete
  3. Wa! Sungguh teruja saya baca.. senggugut hilang begitu sahaja dgn gla..
    Nak tanya gla complex tu makan berterusan dari 1st period hingga kedatangan period seterusnya ker untuk hilangkan senggugut?

    ReplyDelete
  4. First month ambil GLA lagi senggugut saya dah kurang sakit...tapi tidaklah hilang terus...yang penting ambil berterusan...

    ReplyDelete